Penglibatan Najib Asaddok

Beliau pernah dipanggil oleh beberapa pihak seperti Maxis, SME Corp, OMNIA USB, INSKEN dan juga dari Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang Online & Digital Marketing.

Selain itu, beliau pernah diundang untuk memberikan perkongsian di beberapa badan kerajaan & Universiti seperti MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan banyak lagi. Beliau juga ditemuramah beberapa media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi O TV9, Selamat Pagi Malaysia, Astro, Sinar Harian & Majalah Remaja untuk berkongsi pengalaman beliau kepada para usahawan.

Pengalaman beliau juga telah mendapat pengiktirafan diperingkat Malaysia dan juga antarabangsa. Di samping itu, beliau juga membantu peniaga melalui siri latihan online di Facebook, Youtube & siri emel kepada ramai usahawan.